fbpx
author footer link can be edited or disabled only in full version

Ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Dato 'Wira Louis Ng Chun Hau, PG Group menyediakan dan mengintegrasikan pelbagai aktiviti perdagangan emas yang merangkumi pencetakan dan penapisan emas, menguruskan pertukaran emas dan pusat perdagangan, serta menawarkan kemudahan yang selamat kepada orang ramai. Public Gold juga memperdagangkan emas, dinar, silver dan juga dirham yang patuh shariah. 

Ibu pejabat Public Gold terletak di Technoplex, Bayan Lepas Pulau Pinang. Kini Public Gold memilik 18 cawangan di seluruh Malaysia termasuk 1 di Singapura dan 1 di Indonesia. Public Gold telah bekerjasama dengan syarikat emas antarabangsa dari Turki iaitu Nadir Metal Rafineri bagi mengimport gold bar dan emas dinar 999.9 LBMA yang bebas GST. Public Gold adalah satu-satunya syarikat emas di Malaysia yang menjual dan membeli emas tanpa cukai GST.

Public Gold juga telah melancarkan Program GAP (Gold Accumulation Program) iaitu program kumpul emas pertama di Malaysia dan Asia pada 15 Julai 2014. Program Penggumpulan Emas (GAP) membolehkan orang awam mengumpul emas dalam akaun emas GAP dengan hanya serendah RM100 dan di sokong oleh 100% emas fizikal, iaitu boleh mengeluarkan jongkong emas fizikal di semua cawangan Public Gold.

Program GAP mendapat sambutan hangat dari semua lapisan masyarakat kerana peluang membeli dan mengumpul emas dengan modal yang rendah menyebabkan Public Gold telah meningkatkan perkhidmatan dan sistem online dengan menggunakan Oracle Database.

Akaun simpanan GAP membolehkan para pelanggan Public Gold membeli, menjual atau Ar Rahnu emas secara online dan patuh Shariah. Selain GAP, pelanggan juga boleh membeli emas atau silver secara tunai atau pun EPP (Easy Payment Programme)- 4/6/10 kali bayar.

Public Gold juga memiliki muzium emas iaitu PG Gold Museum yang bertempat di Bishop, Penang dan menjalin kerjasama dengan Arrahnu Pos Malaysia iaitu agen korporat Public Gold dalam memasarkan emas fizikal Public Gold. Public Gold juga memiliki pusat membeli belah online pertama di dunia menggunakan GoldCash dan wang melalui PG MALL melalui www.pgmall.my. 

Kerana pertumbuhannya yang pesat, Public Gold baru-baru ini masuk ke pasaran asing iaitu jenama Vietnam, Singpore dan Indonesia ke tahap yang lebih tinggi. Maklumat lanjut mengenai Public Gold atau harga jual @ beli emas dan perak, anda boleh layari website rasmi Public Gold di www.publicgold.com.my.

Emas Public Gold