fbpx
author footer link can be edited or disabled only in full version


Dealer Public Gold terbahagi kepada 3 kumpulan:

1. Normal Dealer (ND) – Insentif Belian = 1.0% ; Insentif Jualan Semula = 0.3%

2. Priority Dealer (PD) – Insentif Belian = 1.5%; Insentif Jualan Semula = 0.3%

3. Master Dealer (MD) – Insentif Belian = 2.0 %; Insentif Jualan Semula = 0.3%**


Kat sini saya kongsikan berdasarkan pengalaman ya

1. Sekali bergelar dealer ianya status seumur hidup. Bezanya samada nak aktif atau tak ajer.

2. Tiada yuran ahli. Sepanjang 4 tahun ni sekali pun saya tak pernah bayar yuran keahlian sebabnya takde yuran dikenakan pun.

3. Beli syok sendiri pun takde masalah, sebab kalau kita tambah belian dapat juga insentif sendiri. Yerla bukan semua orang gigih nak buat sales dan nak jadi pendidik emas. Ada juga yang beli ni sebab kebetulan bajet tersebut layak status dealer dan ada juga yang mempunyai bisnes lain yang sudahpun mereka fokus .

4. Emas takde tarikh luput, kalau beli 16 dinar pun takde tarikh luput, kalau beli 5k barang kemas pun takde tarikh luput. Takda apa yang nak dirisaukan malah syok lagi sebab makin lama simpan makin naik nilainya

5 .Takde target jualan untuk kekal status dealer. Cuma jika nak sama-sama enjoy trip percuma bolehlah buat bersungguh sungguh.

6. Semuanya online dan yang penting Public Gold ialah syarikat yang ada reputasi baik. Platform jujur takde tipu-tipu orang. 

7. Model bisnes yang bagus. Public Gold tidak sama seperti MLM (maaf bukan kecam ya) . Dalam bisnes Public Gold tidak semestinya anda yang paling awal anda dapat banyak insentif.

 

Apa itu Wealth Card?

Wealth card ibarat kad nama dealer.

Wealth card mengandungi maklumat Nama Dealer, PG code dan pangkat dealer (Normal Dealer atau Priority Dealer).

Ada gold bar 0.5 gram kat dalam wealth card tersebut 🤩🤩🤩

Wealth Card juga datang bersama-sama baucer diskaun untuk belian emas, silver dan PGMall bernilai RM350.

i) ada baucer diskaun beli emas RM10 x 10 pcs

ii) ada baucer diskaun beli silver RM20 x 10 pc

iii) adab baucer diskaun PGMall RM10 x 5 pc

Baucer ini sah untuk tempoh setahun.


Penggunaan Baucer Diskaun Wealth Card

1. Outright purchase - Boleh guna (sekeping) ✅✅

2. Pembelian emas GAP  / pengeluaran (pembayaran gold premium) akaun GAP - Tidak boleh ❌❌

3. Belian emas/perak secara EPP4X/EPP10X : Ya boleh ✅

tetapi hanya 1 baucer diskaun dibenarkan untuk satu sales order EPP (𝐴𝑛𝑑𝑎 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑔𝑢𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑎𝑛𝑎-𝑚𝑎𝑛𝑎 𝑏𝑎𝑦𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑖𝑛𝑠𝑡𝑎𝑙𝑙𝑚𝑒𝑛𝑡 (𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑐𝑎𝑑𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑎𝑘𝑎𝑖 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑖𝑛𝑠𝑡𝑎𝑙𝑙𝑚𝑒𝑛𝑡 𝑏𝑢𝑙𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑎𝑚𝑎), 𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑎𝑛𝑑𝑎 𝑛𝑎𝑘 𝑝𝑎𝑘𝑎𝑖 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑖𝑛𝑠𝑡𝑎𝑙𝑙𝑚𝑒𝑛𝑡 𝑘𝑒-2 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑠𝑒𝑡𝑒𝑟𝑢𝑠𝑛𝑦𝑎 𝑝𝑢𝑛 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑎𝑗𝑒𝑟.

4. Baucer tidak boleh digunakan untuk pembelian emas/perak semasa promosi (contohnya promosi waiver EPP premium)

9 Kelebihan Utama Menjadi Dealer PG Group @ Public Gold. 

1. Tokeh emas tanpa perlu ada kedai
Operasi “lock” @ “booking” harga Public Gold semuanya boleh dibuat melalui website Public Gold yang beroperasi 24 jam. Sebagai dealer anda boleh booking untuk diri sendiri dan pelanggan melalui website Public Gold, melalui panggilan telefon ke cawangan Public Gold dan whatsapp. Prosesnya mudah, anda sebagai dealer tolong booking untuk pelanggan. Kemudian pelanggan buat bayaran kepada Public Gold dan pelanggan boleh ambil emas di mana-mana Cawangan Public Gold berhampiran.

2. Komisyen Belian Emas Dari Public Gold 
Setiap pembelian untuk diri sendiri anda akan mendapat 1% komisyen dari jumlah harga belian. Anda akan nikmati komisyen 1% ini untuk belian kedua selepas menjadi Dealer. Belian kali pertama ialah untuk melayakkan anda mendapat status Dealer. 
Contoh : 
Jika anda sebagai delaer buat belian untuk diri sendiri kali kedua RM10,000 maka komisyen belian ialah RM10,000 x 1% = RM100.

3. Komisyen Jualan Semula Emas Kepada Public Gold 
Bila Dealer Jual semula emasnya kepada Public Gold, Dealer akan dapat Tambahan Komisyen 0.3% daripada nilai jualan emas tersebut. 
Contoh : 
Jual semula emas kepada Public Gold dengan harga RM10,000. 
Komisyen 0.3% x 10,000 = RM30, 
Jumlah keseluruhan yang akan Dealer dapat =RM10,030

4. Komisyen Memperkenalkan Pelanggan Baru. 
Dealer yang memperkenalkan pelanggan baru akan dapat komisyen 1% daripada belian yang dibuat oleh pelanggan tersebut. Setiap kali  pelanggan ini membuat belian produk Public Gold, Dealer akan tetap mendapat 1 %.

 5. Membeli Emas Pada Harga Diskaun 
Sebagai Dealer kita juga boleh membeli semula emas daripada pelanggan lain yang ingin berurusan dengan kita. Proses ini dinamakan “Buy Back”.
Contoh :
Jika ada pelanggan kita yang pernah beli emas nak jual semula emasnya kepada kita, maka kita akan beli dengan harga “PG buy” seperti yang tertera dalam website Public Gold. Harga “Pg Buy” memang akan lebih murah daripada “Pg Sell”. Ini dikira harga diskaun. Dengan cara ini kita boleh simpan stok emas dengan harga yang lebih murah dari pasaran.

6. Buat Untung Atas Angin 
Daripada proses No. 6 di atas, Ada dua cara iaitu pertama Dealer boleh jual semula emas ini
kepada pelanggan lain ataupun kedua jual kepada Public Gold.

Cara pertama :
Contoh jika kita “Buy Back” dari pelanggan 10 gram emas dengan harga “PG Buy” RM1567 kita boleh jual semula kepada pelanggan lain dengan harga “PG sell” yang tertera di website, katakan harga ketika itu RM1704 maka keuntungan proses ini ialah RM137. Ini dikira  untung atas angin sebab kita Cuma recycle stok saja.

Cara Kedua :
Simpan emas ni dan jual kepada Public Gold, tunggu saja harga “PG buy” naik kemudian boleh
jual kepada Public Gold ambik untung + komisyen jual semula emas 0.3%.

7. Overiding Memperkenalkan ( introduce) Dealer Baru. 
Anda sebagai Dealer juga boleh introduce Dealer Baru. Peratus Overiding belian kali pertama Dealer baru nie akan di bayar oleh Public Gold kepada anda mengikut status dealership anda . Dealership Public Gold ni ada 3 peringkat, 
Normal Dealer - 1% 
Priority Dealer - 1.5% 
Master Dealer- 2% 
Contoh : 
Status Normal Dealer (ND) : Bila introduce Dealer Baru anda akan beroleh overriding 1% daripada belian kali pertama Dealer Baru tersebut. Katakan jumlah belian Dealer baru tersebut ialah RM30,000 maka Overiding yang akan anda perolehi ialah RM300. 

8. Pendapatan Pasif Berpanjangan
Ini paling menarik, jika anda mahu pendapatan pasif berpanjangan, Public Gold adalah satu platform perniagaan yang anda perlu rebut dan fokus. Public Gold menawarkan margin keuntungan yang rendah supaya pelanggan yang telah berdaftar di bawah anda dapat terus membeli dan menyimpan emas. Margin keuntungan yang kecil melalui sistem yang dibuat oleh Public Gold membolehkan anda mempunyai volume jualan yang besar dengan adanya ulangan belian daripada pelanggan. 
Contoh : 
Jika ada 1000 penyimpan emas di bawah kita yang menjadikan 1 gram 1 bulan sebagai simpanan kalis bocor, anggaran komisyen bulanan boleh cecah RM5000 sebulan, InsyaAllah (pengiraan pada kadar harga emas sekarang 10/10/2020= RM281/gram ) Mungkin pada sesetengah orang kadar ini sedikit, namun industri emas adalah satu industri yang evergreen, dengan menjadi delaer public gold anda masih boleh mendapat pelanggan tanpa simpan stok ditangan, status dealer anda tiada renewal tahunan, tidak ada yuran yang perlu dibayar dan tiada jumlah jualan yang anda perlu capai untuk kekal status dealer. Jika hanya beli emas untuk diri sendiri saja pun dikira akaun dealer anda aktif cuma tidak memaksimumkan kelebihan dealer. Jika anda masih bekerja dan mahu mencari alternatif pendapatan sampingan, Public Gold ialah platform paling mudah, anda boleh saja buat tanpa perlu berhenti kerja, malah pendapatan ini boleh  dijadikan simpanan dan bebaskan diri dari belenggu hutang

9. Dealer Public Gold adalah dealer untuk keseluruhan platform PG 
Dealer PG alaf baru ini dipanggil PGBO- Public Gold Business Owner. Public Gold tidak hanya sekadar menjual emas dan perak namun telah berkembang mempunyai platform shopping online iaitu pgmall.my. Sekarang di bawah PG group juga ada barang kemas dengan brand PG jewel dan juga Aurora Italian/Swarovski iaitu barang perhiasan eksklusif dengan kerjasama jenama Swarovski. Tidak ketinggalan juga Aurora dengan edisi Marvel dan Disney. Jika dulu dealer yang jadi referral ( introducer) kepada orang ramai menyimpan  emas dibayar komisyen, sekarang bertambah baik lagi, pelanggan dan anda sendiri buat belian di platform pgmall.my juga diberi insentif berupa cash back. Sebagai contoh anda rekeman pelanggan beli barang dapur atau susu anak di pgmall.my , anda diberi cash back atas  belian pelanggan tersebut. Pendek kata, dengan PGBO apa saja yang anda buat dibayar “upah” dan hampir semua benda ada dalam  platform PG group! 

Jika anda berminat nak jadi dealer Public Gold dan nak saya guide anda secara percuma boleh pm www.wasap.my/60137602801/dealershipPG untuk saya bantu anda.

Nota Emas 
https://t.me/Public_Gold

NORAZLIA HASSIM 
PG00076226 
Authorised Priority Dealer Public Gold

 

 

Emas Public Gold