fbpx
author footer link can be edited or disabled only in full version

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah di atas minat anda untuk mendalami ilmu emas. Saya menulis blog ini dengan satu niat iaitu membantu anda memahami cara-cara membuat pelaburan emas dengan betul, tepat dan selamat. Saya Norazlia Hassim, dilahirkan pada  12 Disember 1984, berusia 36 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Saya memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian Komputer dan Keselamatan) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kini saya mengajar orang tentang ilmu untuk menyimpan atau melabur emas.

Sejak kecil saya telah didedahkan oleh ibu tentang simpanan dan pelaburan saham ASB. Saya telah meneruskan budaya menyimpan sehingga kini. Saya mula menyimpan emas sejak tahun 2016 disebabkan ingin mengekang kebocoran wang disebabkan oleh hobi suka membeli belah secara atas talian. Alhamdulillah kini masalah tersebut sudah dapat saya atasi dengan menukarkan wang kepada emas. Sungguh berbeza rasanya apabila meletakkan wang kertas dengan emas di dalam dompet. Nampak ada je duit macam-macam fikir nak beli dan nak bayar. Tapi bila nampak emas fikir bila nak tambah untuk dijadikan simpanan hari tua nanti.

Kalau dulu saya suka bercerita tentang kebaikan pelaburan saham terutamanya ASB dan juga KPF, tapi kini saya lebih suka berkongsi tentang kelebihan menyimpan emas berbanding menyimpan wang kertas. Apabila ekonomi dunia merundum, pasaran saham-saham juga turut terkesan dan menurun. Tetapi harga emas pula yang naik mencanak-canak. Alhamdulillah saya sudah wujudkan tabungan emas untuk anak-anak saya supaya mereka dapat digunakan tabungan tersebut pada masa akan datang. Jadi marilah kita sama-sama mendidik diri untuk menabung emas berbanding wang kertas kerana wang boleh dicetak tetapi emas perlu dicari gali. Emas tetap relevan sepanjang zaman.        

Saya doakan anda mendapat manfaat daripada blog ini. Kuasailah ilmu emas "Ilmu kekayaan sebenar". Bagi anda yang baru nak mula menyimpan atau melabur dalam emas boleh hubungi saya menerusi di talian 013-7602801. Saya sedia membimbing anda dari A hingga Z. 

Nota Emas
https://t.me/Public_Gold

Norazlia Hassim
PG00076226
Authorized Priority Dealer Public Gold
www.wasap.my/60137602801
www.facebook.com/pgnorazlia

 

 

 

Emas Public Gold