fbpx
author footer link can be edited or disabled only in full version

Pengenalan kepada Gold Accumulation Program (GAP)

Gold Accumulation Program (GAP) adalah kaedah simpanan emas fizikal berketulenan 24 karat (999.9) yang diperkenalkan oleh syarikat Public Gold Marketing Sdn. Bhd. (Public Gold) GAP membolehkan anda membeli emas dengan modal serendah 1 gram atau RM100 sahaja.

3 Kelebihan GAP yang perlu anda tahu: 
   -  Mudah
   -  Murah
   -  Patuh syariah

Ianya Mudah 

  1. Proses beli emas /jual balik / semakan akaun emas GAP anda boleh dibuat secara online. Ia sungguh mudah! 

  2. Setiap pembelian emas melalui GAP akan disimpan ke dalam akaun GAP anda secara automatik dan PERCUMA. 

  3. Anda boleh mengeluarkan emas fizikal anda bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.

  4. Anda boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP dengan berat serendah 1 gram.
    p/s: Walau demikian, saya cadangkan anda kumpul emas sedikit-sedikit di dalam akaun GAP dan keluarkan jongkong emas yang lebih besar daripada akaun GAP. Sila lihat tips untuk akaun GAP di akhir laporan ini.

  5. Anda boleh membuka akaun GAP untuk anak anda (akaun bersama). Salah seorang daripada ibu bapa akan menjadi pentadbir akaun tersebut.
    Setelah anak anda mencapai usia 18 tahun maka akaun ini akan ditadbir sendiri oleh mereka. Bayangkan, dengan GAP anak anda boleh memiliki simpanan emas mereka sendiri.

Ianya Murah

  1. Akaun GAP membolehkan anda membeli emas serendah 1 gram atau RM100 sahaja. Namun jika anda mempunyai modal yang besar, maka anda boleh membeli emas GAP tanpa had. No problem!

  2. Jika anda berminat mengumpul koleksi emas 1 gram Public Gold, kaedah GAP membolehkan anda gold bar 1 gram pada harga yang jauh lebih murah berbanding membeli jongkong emas 1 gram secara runcit.

Ianya Patuh Syariah. 

Pembelian emas melalui akaun GAP disahkan patuh syariah. Jadi anda tidak perlu ragu-ragu dengan isu syariah apabila membeli emas secara GAP. Ini adalah sijil pengiktirafan patuh syariah untuk GAP.
 

Sijil ini dikeluarkan oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd., salah sebuah syarikat penasihat syariah terkemuka di Malaysia. Website mereka boleh dilawati di http://amanieadvisors.com/


Cara membuka membuka akaun GAP.

Mula-mula anda perlu memilih sama ada ingin membuka akaun GAP dengan nilai 1 gram atau RM100.
 

Soalan: Boleh tak saya buka akaun GAP dengan nilai lebih dari RM100 atau lebih dari 1 gram? 

Jawapannya BOLEH. Takder masalah.

Caranya adalah seperti berikut: 

Langkah 1:  Lihat berapa harga semasa GAP di laman web  www.publicgold.com.my   

Contoh harga GAP: 

Contoh, Katakan harga GAP hari ini RM284 segram. 

Jika anda ingin membuka akaun GAP dengan nilai 1 gram emas, maka anda perlu membayar RM284. 

Jika anda memilih untuk membuka akaun GAP dengan RM100, maka anda akan mendapat 0.3521 gram emas di dalam akaun GAP anda.


Langkah 2:
Bank in duit ke dalam akaun bank Public Gold. 

Kemudian, anda buat pembayaran ke dalam akaun bank Public Gold seperti di bawah. Anda boleh menggunakan maybank2u atau Public Bank Internet banking. Jika anda menggunakan internet banking bank lain, anda boleh menggunakan perkhidmatan Interbank Giro (IBG) ataupun Instant Transfer (saya recommend Instant Transfer).    

Anda juga boleh menggunakan cash deposit machine atau bank in di kaunter bank. Pastikan anda menyimpan slip asal bukti bayaran tersebut.

Public Gold Marketing Sdn Bhd.

Maybank : 557139238048

atau

Public Bank : 3167520833

 
Langkah 3: Hantar butiran pembayaran dan maklumat-maklumat berikut kepada saya melalui wasap https://www.wasap.my/60137602801/daftarGAP atau e-melkan bukti pembayaran tersebut bersama-sama 8 maklumat berikut:

  1. Nama penuh anda

  2. Nombor kad pengenalan

  3. Email anda

  4. Nombor telefon anda

  5. Nombor customer Public Gold (jika ada), jika tiada, tuliskan ‘tiada
    akaun PG’

  6. Letakkan introducer GAP anda: Norazlia Hassim PG00076226

  7. Nyatakan nama bank, tarikh dan masa transfer dan jumlah RM
    yang dimasukkan
    (contohnya maybank 21/10/2015 jam 9.25.15, RM284)

  8. Lampirkan gambar slip pembayaran. Emailkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan cc kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

 Gambar: Contoh slip pembayaran.

  

Membuka akaun GAP untuk anak anda.

Anda bank in dahulu RM pembelian ke dalam akaun Public Gold. Hantar butiran pembayaran dan maklumat-maklumat berikut kepada saya melalui wasap http://wasap.my/60137602801/daftarGAP atau e-melkan bukti pembayaran tersebut bersama-sama 7 maklumat berikut:

  1. Nama penuh anak anda

  2. Nombor mykid anak anda

  3. Email pentadbir akaun (ibu atau bapa)

  4. Nombor telefon pentadbir akaun (ibu atau bapa)

  5. Letakkan introducer GAP anda: Norazlia Hassim PG00076226

  6. Nyatakan nama bank, tarikh dan masa transfer dan jumlah RM
    yang dimasukkan (contohnya maybank 21/10/2015 jam 9.25.15, RM284)

  7. Lampirkan gambar slip pembayaran (seperti gambar diatas) 

Langkah 4: Akaun GAP anda akan dibuka. 

Setelah maklumat pembayaran anda diterima, akaun GAP anda akan dibuka dalam masa 48 jam waktu bekerja. Anda akan menerima email daripada Public Gold. Selesai!

 

MENYEMAK BAKI AKAUN GAP.

Untuk menyemak bagi akaun GAP, caranya adalah seperti berikut: 

  1. Anda pergi ke laman web publicgold.com.my

  2. Klik menu Login. Kemudian masukkan PG code di ruangan Username* (Contohnya: PG000XXXXX) dan masukkan Password* anda. Kemudian, tekan butang Log in.  

  1. Selepas log in berjaya, pilih menu My GAP. Kemudian pilih salah satu site yang sama ada New Site atau Classic Site.

  2. Klik menu My GAP => ACC SUMMARY. Ia akan menunjukkan baki terkini akaun GAP anda.


  3. Untuk melihat rekod transaksi pembelian dan jualan GAP (rekod 6 bulan), klik butang


Ringkasan:

ACC SUMMARY = Baki semasa akaun GAP

TRANSACTION = Sejarah transaksi sepanjang 3 bulan lepas

STATEMENT = Penyata baki transaksi (untuk 6 bulan)


Bagaimana Menambah Emas Gap?

Anda boleh menambah emas di dalam akaun GAP anda pada bila-bila masa mengikut kemampuan. Saya akan menerangkan 3 cara anda boleh menambah emas GAP.

Kaedah 1:  Transfer bayaran menggunakan FPX (paling cepat)

Kaedah 2:  Bank-in dan upload bukti pembayaran di dalam
                   portal GAP.

Kaedah 3:  Bank-in dan emailkan bukti pembayaran
                   kepada staff Public Gold.

Kaedah 1: Transfer bayaran menggunakan FPX

Jika anda mempunyai internet banking, saya sangat menggalakkan anda untuk top-up GAP menggunakan kaedah FPX. 

Langkah 1 : Pergi ke website Public Gold dan klik butang GAP- Buy Now! (gambar bawah)

Langkah 2: Masukkan username dan password anda. Kemudian klik login.

Langkah 3: Selepas log in berjaya, pilih menu My GAP. Kemudian pilih salah satu site yang sama ada New Site atau Classic Site.

Langkah 4: Klik Buy GAP now.
 

Langkah 5: Pilih kaedah pembayaran FPX atau Bank In. Kaedah pembayaran melalui FPX sangat digalakkan. Kemudian klik butang Next.
 

Langkah 6: Masukkan nilai pembelian anda. Kemudian klik butang Place Order.


 Langkah 7: Klik butang Make Payment.
 

 Langkah 6: Buat pilihan akaun bank anda. Kemudian Klik Proceed & Pay.


Selepas berjaya membuat pembayaran, maka pembelian melalui FPX ini akan diupdate dalam akaun GAP (ambil masa sejam ++ ). Anda juga akan menerima email notifikasi tentang ‘status pembayaran berjaya’ daripada FPX. Bagi saya, kaedah paling mudah untuk membuat belian emas GAP adalah menggunakan FPX. Jika kaedah ini sukar bagi anda, barulah anda gunakan kaedah ke 2 atau ke 3 seperti di bawah.


Kaedah 2: Bank in dahulu dan upload bukti pembayaran di dalam portal GAP.

Jika anda memilih kaedah ini, anda hanya perlu bank in terlebih dahulu jumlah RM belian GAP anda. Kemudian, dapatkan resit bukti pembelian dan upload resit pembelian ke dalam portal GAP. 

Langkah 1: Lihat harga emas semasa GAP di laman web www.publicgold.com.my

Langkah 2: Anda transfer duit terlebih dahulu ke dalam akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd. 

Maybank : 557139238048

atau

Public Bank : 3167520833

p/s: Anda boleh menggunakan maybank2u atau Public Bank Internet banking. Jika anda menggunakan internet banking bank lain, anda boleh menggunakan perkhidmatan Interbank Giro (IBG) ataupun Instant Transfer. Anda juga boleh menggunakan cash deposit machine atau bank in di kaunter bank. Pastikan anda menyimpan slip bukti bayaran tersebut.

Langkah 3: Setelah berjaya transfer duit dan ambil gambar resit tersebut, kemudian ikuti langkah berikut: 

  1. Login ke dalam akaun GAP anda

  2. Klik butang Purchase

  3. Masukkan butiran pembayaran ke dalam kotak yang disediakan, upload gambar slip bank-in dan klik butang Request. Untuk gambaran lebih mudah, sila rujuk gambar di bawah. 

Gambar: Masukkan butiran pembayaran dan klik Request di Classic Site.

 p/s: Status pembelian akan diupdate paling lewat dalam masa 48 jam hari bekerja. Jika status masih lagi belum update, anda perlu berhubung dengan mana-mana cawangan Public Gold. Anda boleh menyemak status pembelian emas GAP dengan klik butang Transaction.


Gambar: Anda boleh melihat status pembelian.

 
Kaedah 3: Bank in dan emailkan slip pembayaran kepada staff Public Gold.

Langkah 1:  Lihat harga emas GAP semasa di laman web  www.publicgold.com.my

Langkah 2: Buat Pembayaran ke dalam akaun bank Public Gold Marketing Sdn Bhd. 

Maybank : 557139238048

atau

Public Bank : 3167520833

p/s: Anda boleh menggunakan maybank2u atau Public Bank Internet banking. Jika anda menggunakan internet banking bank lain, anda boleh menggunakan perkhidmatan Interbank Giro (IBG) ataupun Instant Transfer.

Langkah 3: Email bukti pembayaran kepada staff Public Gold 

  1. E-melkan slip pembayaran anda kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan amat digalakkan anda
    cc e-mail itu kepada email anda sendiri (sebagai rujukan)

  2. Nyatakan nama anda, PG code anda.

  3. Nyatakan nama bank, tarikh dan masa transfer dan jumlah RM yang dimasukkan (contoh: maybank 16/9/2020 jam 9.25.15, RM300)

  4. Sertakan gambar slip pembayaran di dalam attachment email tersebut. 

*Sila simpan slip pembayaran asal untuk rujukan pada masa akan datang.

 

Pengeluaran emas fizikal daripada akaun GAP

Anda boleh mengeluarkan emas fizikal melalui akaun GAP anda di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia. Anda boleh pilih sama ada mahu jongkong emas atau dinar emas (lihat gambar di bawah). Minimum pengeluaran adalah jongkong emas 1 gram. Namun begitu, anda juga boleh memilih jongkong emas yang lebih besar seperti 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram dan 1 kilogram. Selain jongkong emas, anda juga boleh mengeluarkan syiling emas seperti 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar dari akaun GAP. Saya pernah berjumpa penyimpan GAP yang mengeluarkan gold bar 1 kilogram daripada akaun GAP!

Gambar: Anda boleh keluarkan emas fizikal daripada akaun GAP.


Saya ingin memberikan beberapa tips!
 

  1. Pengeluaran emas boleh dibuat di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.

  2. Anda boleh memilih pengeluaran emas serendah 1 gram sahaja.

  3. Anda boleh ambil semua emas dari akaun GAP (tertakluk kepada baki minima 1 gram)

  4. Baki 1 gram itu boleh dikeluarkan apabila anda berhasrat menutup terus akaun GAP anda.

  5. Pengeluaran emas fizikal dikenakan gold premium (mengikut jenis emas yang anda keluarkan)

  6. Pemilik akaun GAP / pentadbir akaun bersama perlu mengambil sendiri emas fizikal di cawangan Public Gold. Wakil tidak dibenarkan.

 

Kajian kes:

Anda membeli 1 gram emas setiap bulan melalui GAP. Jadi, pada hujung tahun, jumlah emas GAP anda adalah 12 gram. Anda boleh mengeluarkan 11 gram emas fizikal daripada akaun GAP anda (baki 1 gram perlu disimpan untuk akaun kekal aktif). Anda mempunyai bebrapa pilihan. Contohnya mengeluarkan 10 gram jongkong x 1 keping dan 1 gram x 1 keping, atau 1 gram x 11 keping atau 5 gram x 2 keping dan 1 gram x 1 keping. 

Apakah perbezaan jika mengeluarkan jongkong-jongkong emas seperti diatas?
Jawapannya ialah kos Gold Premium.


Kos Gold Premium Untuk Pengeluaran Emas Fizikal.

Public Gold mengenakan kos gold premium untuk pengeluaran emas fizikal daripada akaun GAP. Gold Premium adalah kos penghantaran emas dari kilang ke cawangan Public Gold. Ini adalah jadual kos gold premium:

  

Contoh 1: Pengiraan gold premium.

Jika akaun GAP anda mempunyai baki 11 gram, maka anda boleh mengeluarkan emas fizikal sebanyak 10 gram (tinggalkan baki 1 gram).

Berapa kos gold premium yang perlu anda bayar?

Ia bergantung kepada jenis emas yang dikeluarkan.

  • Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 1 gram x 10 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM10 x 10 = RM100 
  • Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 5 gram x 2 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM10 x 2 = RM20 
  • Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 10 gram x 1 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM15 x 1 = RM15

*p/s:  Ini adalah contoh pengiraan premium jika pengeluaran dibuat di Semenanjung Malaysia.

Contoh 2: Pengeluaran Dinar Emas.

Katakan akaun GAP anda mempunyai baki 12 gram.

Anda ingin keluarkan Dinar Emas daripada akaun GAP tersebut. Anda memilih untuk mengeluarkan 1 Dinar x 2 pcs dan ½ Dinar x 1 pcs.

Jumlah berat emas yang akan ditolak dari akaun GAP anda ialah (4.25g x 2) + (2.125g x 1) = 10.625g.

Jumlah gold premium adalah RM30.

Cara mengeluarkan Emas Fizikal daripada akaun GAP. 

Untuk mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP anda, anda hanya perlu menelefon cawangan Public Gold yang anda ingin ambil emas fizikal tersebut. Nyatakan nama anda, PGCode serta jenis emas yang ingin anda keluarkan daripada akaun GAP. Kemudian buat temujanji dengan klik di link ini https://www.picktime.com/9bd5105c-c5ed-4c1d-8fb3-74e581d583d1 selepas anda menelefon cawangan Public Gold yang terdekat. Anda datang ke cawangan berkenaan mengikut tarikh dan masa temujanji yang anda pilih, bayar kos gold premium dan bawa pulang emas anda. Itu sahaja. 

 

Bagaimana menjual balik emas GAP ? 

Jika anda telah mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP, Anda boleh menjual semula emas tersebut di mana-mana pejabat Public Gold atau kepada agen Public Gold. Harga belian balik adalah berdasarkan kepada harga PG Buy di laman web www.publicgold.com.my.


Menjual emas GAP dan mendapat tunai.

Anda boleh menjual emas GAP dan mendapatkan tunai.

Cara pertama: Anda login ke dalam akaun GAP dan klik butang BUY-BACK (lihat gambar)

Harga belian balik akan dipaparkan di bahagian Price Per Gram. Anda isikan ruangan *Buy-back Qty (gram) dan klik butang Request.  Staff Public Gold akan menefon anda untuk mengesahkan transaksi ini. 

Cara kedua: anda terus telefon mana-mana cawangan Public Gold dan beritahu staff bahawa anda ingin menjual emas GAP anda.

Jika anda menjual emas GAP sebelum jam 4 petang, maka duit jualan akan dimasukkan kedalam akaun bank anda pada hari bekerja berikutnya (jika akaun Maybank)

Jika hari bekerja berikutnya adalah cuti, maka ia akan di bank in pada hari bekerja berikutnya.


Menggadaikan emas GAP.

Jika anda memerlukan tunai segera, anda boleh menggadaikan emas GAP anda. Gadaian bermaksud, anda mencagarkan emas GAP anda untuk mendapatkan tunai tanpa perlu menjual emas GAP.

Terma dan syarat: 

  1. Pinjaman adalah 70% daripada harga GAP

  2. Upah simpan adalah 1% sebulan daripada nilai GAP.

  3. Tempoh masa gadaian adalah 6 bulan.

  4. Jika gadaian dibuat sebelum jam 4 petang, duit gadaian akan dimasukkan kedalam akaun bank anda keesokan harinya waktu bekerja (jika akaun Maybank). Jika selepas 4 petang maka wang gadaian akan dimasukkan dalam tempoh 2 hari bekerja.

Contoh pengiraan. 

Katakan anda ingin menggadaikan 20 gram emas GAP. Harga GAP hari ini adalah RM284 segram. 

Pengiraan: 

  1. Nilai 20 gram GAP adalah RM5,680 (20gram x RM284)

  2. Anda dapat pinjaman 70% x RM5,680 = RM3,976.00

  3. Upah simpan adalah 1% x RM5,680 sebulan = RM56.20

  4. Jumlah upah simpan 6 bulan = RM56.20 x 6 = RM340.80

Untuk menebus balik emas GAP. Anda perlu membayar pinjaman + upah simpan

 

Cara membuat Arrahnu GAP. 

  1. Login kedalam akaun GAP anda dan klik menu ARRAHNU. 
  1. Masukkan bilangan Gram yang ingin digadaikan dan klik REQUEST

 Nota: Selepas anda membayar pinjaman dan upah simpan, nilai gram yang anda Arrahnu akan dimasukkan kembali ke akaun GAP anda dalam tempoh 48 jam.

 

2 tips bagi pemegang akaun GAP.

Di sini saya ingin memberikan beberapa tips untuk pemegang akaun GAP.

1. Konsisten menyimpan.

Ini tips paling penting. Ikut pengalaman saya, sikap konsisten adalah kaedah terbaik mengumpul emas. Bak kata pepatah, sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Walaupun budget anda sedikit, simpan juga walau RM100. Yang penting disiplin diri anda. Kalau anda beli emas GAP sebulan sekali, jangan sekali-kali skip. Kekalkan momentum. 

2. Simpan emas sedikit-sedikit, tapi target untuk keluarkan emas

Walaupun anda boleh keluarkan emas serendah 1 gram melalui GAP, namun saya tidak menggalakkan anda berbuat demikian. Ini kerana jongkong emas yang besar seperti 20 gram ke atas lebih menguntungkan dari segi gold premium dan spread (spread adalah perbezaan diantara harga jualan dan belian balik emas). Saya pernah berjumpa dengan penyimpan gap yang mengeluarkan jongkong emas 1 kg daripada akaun GAP nya! Pergh... memang hebat.


Kesimpulan

GAP adalah program penyimpanan emas emas secara berterusan. Ia memudahkan anda untuk mengumpulkan emas fizikal secara sedikit-sedikit mengikut kemampuan. Gunakan GAP untuk mengumpul aset emas anda sekarang!

Ikhlas daripada saya,
Norazlia Hassim
PG00076226
Authorized Priority Dealer Public Gold
www.wasap.my/60137602801
www.facebook.com/pgnorazlia

 

 

Emas Public Gold