fbpx
author footer link can be edited or disabled only in full version

Anda mempunyai 2 cara untuk mendapatkan emas yang telah dibeli dari Public Gold. Cara pertama, anda boleh datang ke cawangan Public Gold yang terdekat selepas membuat temujanji dengan cawangan tersebut. Cara kedua, anda boleh menggunakan perkhidmatan GOLD IN TRANSIT (GIT) untuk pos emas yang telah dibeli sama ada secara bayaran penuh, EPP atau GAP. Perkhidmatan ini adalah berbayar dan diinsuranskan. Oleh yang demikian anda boleh tunggu emas anda di rumah dengan senyuman. 

Cara Menggunakan Perkhidmatan GIT

1. Maklumkan cawangan berkaitan untuk transaksi GIT.

2. Pastikan anda telah selesai membuat pembayaran penuh sebelum meneruskan transaksi GIT. Untuk pengeluaran GAP, anda
    perlu membayar Gold Premium terlebih dahulu dan whatsapp bukti pembayaran ke cawangan Public Gold.

    Akaun Bank PUBLIC GOLD MARKETING SDN. BHD. adalah seperti di bawah :     

    i. Bank : Malayan Banking Berhad (Maybank)
       Account No. : 5071-3410-4563
       Swift No. : MBBEMYKL

    ii. Bank : Public Bank Berhad
       Account No. : 3167-52-0833
       Swift No : PBBEMYKL
 
3. Setelah cawangan Public Gold mendapat maklumat lengkap, permohonan GIT akan diproses. Anda akan menerima arahan dari
    cawangan Public Gold untuk sahkan transaksi GIT.
 
4. Login web Public Gold  www.publicgold.com.my dan klik butang "My Shipment".
 
5. Di halaman “My Account”, cari "My Shipment" seperti di bawah, dan klik butang tersebut.

6. Di halaman "My Shipment", cari senarai penghantaran yang berada di bawah status "Unpaid". Kemudian klik pada nombor ID untuk melihat butir perincian.

7. Isi maklumat penghantaran seperti di bawah. Pastikan nombor telefon anda dapat menerima SMS. Kod TAC akan dihantar melalui SMS untuk mengesahkan transaksi.

 

8. Caj penghantaran GIT seperti di bawah:

 

9. Setelah klik butang "Proceed", anda akan menerima terima kod TAC melalui SMS seperti di bawah.

10. Masukkan kod TAC dan klik butang "Proceed".

11. Setelah memasukkan kod TAC, anda perlu membuat pembayaran untuk caj penghantaran. Lakukan pembayaran melalui FPX atau bayar melalui pindahan wang melalui bank dan muat naik slip pembayaran. Pilih kaedah pembayaran dan klik butang "Proceed".   

12. Setelah pembayaran selesai, cawangan Public Gold akan menerima notifikasi pemberitahuan e-mel dan permohonan GIT anda akan
     diproses.

13. Tarikh penghantaran bungkusan seperti yang tertera di bawah.

14. Nombor pesanan penghantaran akan dipaparkan pada halaman “My Shipment”.

15. Anda akan menerima bungkusan dalam masa 3-5 hari bekerja. Sekiranya melebihi 5 hari, sila maklumkan kepada cawangan Public
     Gold.

Emas Public Gold