fbpx
author footer link can be edited or disabled only in full version
Pengenalan kepada Silver Accumulation Program (SAP)

 
        Silver Accumulation Program (SAP) adalah kaedah simpanan silver fizikal berketulenan 24 karat (999.9) yang diperkenalkan oleh syarikat Public Gold. SAP membolehkan anda membeli silver dengan modal serendah 100 gram atau RM100 sahaja. Jika anda nak melabur dalam silver, anda mesti mula dengan emas dulu sebab ilmu silver lain sedikit berbanding emas. Secara asasnya, silver lebih sesuai dijadikan simpanan untuk betul-betul jangka panjang. Kalau baru je beli tapi dah fikir untuk jual atau pajak, silver tak sesuai untuk anda. Sebelum anda membuat keputusan membeli silver sila fahami keterangan secara ringkas mengenai silver:
 

1. Pergerakan Harga Silver Lebih Agresif
Bila harga emas naik, silver akan naik 2, 3 kali ganda lebih banyak daripada emas. Begitu juga bila harga emas turun, silver juga akan turun 2 kali ganda dari harga emas. Contoh : Tahun 2010 – 2011, harga emas naik dalam 35%, tapi silver naik 100%. Lepas tu bila harga emas turun 30%, harga silver jatuh balik 60%!. 

2. Potensi Untung Lebih Besar
Ramai pakar logam berharga meramalkan silver akan jadi “gold in future”. Ini bermaksud, peratusan kenaikan harga silver akan jauh menandingi emas pada masa depan. Hal yang demikian disebabkan oleh permintaan industri yang  semakin meningkat tetapi pengeluaran silver dari lombong semakin berkurangan. 
 
3. Silver tak mudah jual dan pajak.
Bila nak jual tak banyak tempat sanggup beli silver kecuali pengeluarnya sendiri. Tapi jangan risau, jika anda nak jual balik silver ke Public Gold, Public gold akan terima je walaupun dalam kuantiti yang besar. Silver juga tak boleh pajak di ar-rahnu sebagaimana emas. Setakat ni, cuma Ar-Rahnu Koperasi Dagangan Emas (KDE) jer yang terima pajak silver. Itu pun silver keluaran Public Gold sahaja. Margin pinjaman juga rendah, cuma 50% sahaja berbanding emas 65% – 75%.
 
4. Ruang Penyimpanan Lebih Besar
Silver memerlukan ruang penyimpanan yang lebih besar kerana harga silver sekarang tengah murah. 1kg silver baru RM3,874. Jika anda memang suka menyimpan silver anda mungkin memerlukan safety box yang lebih besar, barulah tak risau nak simpan silver banyak-banyak. Silver tu berat jadi kena kuatkan semangat kalau nak angkat safety box tu.
 
5. Susut Nilai Lebih Tinggi
Susut nilai silver adalah tinggi jika dibandingkan dengan susut nilai emas. Walaupun begitu, susut nilai silver di Public Gold boleh dikatakan jauh lebih rendah dari silver lain di pasaran. Memang berbaloi simpan silver jika harga silver naik sebab peratusan kenaikan harga silver selalunya 2 kali ganda berbanding emas. Sila rujuk jadual susut nilai silver di bawah ini . 

 
3 Kelebihan SAP yang perlu anda tahu:
   - Mudah
   - Murah
   - Patuh syariah

Ianya Mudah
1. Proses beli silver / jual balik / semakan akaun silver SAP anda boleh dibuat secara online. Ia sungguh mudah!
2. Setiap pembelian silver melalui SAP akan disimpan ke dalam akaun SAP anda secara automatik dan PERCUMA.
3. Anda boleh mengeluarkan silver fizikal anda bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.
4. Anda boleh mengeluarkan silver bar daripada akaun SAP anda dengan berat serendah 250 gram.
5. Anda boleh membuka akaun SAP untuk anak anda (akaun bersama). Salah seorang daripada ibu bapa akan menjadi pentadbir akaun
    tersebut. Setelah anak anda mencapai usia 18 tahun maka akaun ini akan ditadbir sendiri oleh mereka. Bayangkan, dengan SAP anak anda      boleh memiliki simpanan silver mereka sendiri. 
  
Ianya Murah
Akaun SAP membolehkan anda membeli silver serendah 100 gram atau RM100 sahaja. Namun jika anda mempunyai modal yang besar, maka anda boleh membeli silver SAP tanpa had. No problem!
 
Ianya Patuh Syariah
Pembelian silver melalui akaun SAP disahkan patuh syariah. Jadi anda tidak perlu ragu-ragu dengan isu syariah apabila membeli silver secara SAP. Ini adalah sijil pengiktirafan patuh syariah untuk SAP.
 

Cara membuka membuka akaun SAP
1. Mula-mula anda perlu memilih samada ingin membuka akaun SAP dengan nilai 100 gram atau RM100.

   Soalan : Boleh tak saya buka akaun SAP dengan nilai lebih dari RM100 atau lebih dari 100 gram?
   Jawapan : Boleh. Takde masalah.

   Caranya adalah seperti berikut:
   Langkah 1 : Lihat berapa harga Silver SAP di laman web www.publicgold.com.my.
 
   Contoh harga SAP:
  

Contoh, Katakan harga SAP hari ini RM383 untuk 100 gram. Jika anda ingin membuka akaun SAP dengan nilai 100 gram silver, maka anda perlu membayar RM383. Jika anda memilih untuk membuka akaun SAP dengan RM100, maka anda akan mendapat 26.1097 gram silver di dalam akaun SAP anda.

Langkah 2 : Bank in duit ke dalam akaun bank Public Silver.
Anda boleh menggunakan maybank2u atau Public Bank Internet banking buat pembayaran ke dalam akaun bank Public Silver. Jika anda menggunakan internet banking bank lain, anda boleh menggunakan perkhidmatan Interbank Giro (IBG) ataupun Instant Transfer (saya recommend Instant Transfer). Anda juga boleh menggunakan cash deposit machine atau bank in di kaunter bank. Pastikan anda menyimpan slip asal bukti bayaran tersebut.              

 

   Akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd.
   Maybank : 557139238048
   atau
   Public Bank : 3167520833

Langkah 3 : Hantar butiran pembayaran dan maklumat-maklumat berikut kepada staff PG.
Selepas bank in, e-melkan bukti pembayaran tersebut bersama-sama 9 maklumat berikut:

   1. Saya ingin membuka akaun Silver Accumulation Program.
   2. Nama penuh anda mengikut IC
   3. Nombor kad pengenalan
   4. Email anda
   5. Nombor telefon anda
   6. Nombor customer Public Gold (jika ada), jika tiada, tuliskan ‘tiada akaun PG’
   7. Letakkan introducer SAP anda: Norazlia Hassim PG00076226.
   8. Nyatakan nama bank, tarikh dan masa transfer dan jumlah RM yang dimasukkan (contohnya maybank 21/10/2015 jam 9.25.15, RM300)
   9. Lampirkan gambar slip pembayaran di dalam attachment email. Emailkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan cc kepada 
       This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 
   
 Gambar: Contoh slip pembayaran.
 
Staff Public Gold akan membuka akaun SAP anda secepat mungkin. Selepas itu anda boleh menyemak baki/topup akaun SAP anda.

Susut Nilai Silver
Susut nilai bagi silver adalah 12% - 14% lebih tinggi berbanding susut nilai emas sekitar 6%-9% sahaja. Jika dibandingkan dengan silver lain di pasaran, saya boleh katakan susut nilai Public Gold adalah paling rendah. Jangan terkejut, silver jenama lain yang dijual di pasaran Malaysia susut nilainya jauh lebih tinggi dan boleh cecah 50%. 


Kaedah jual, beli dan pajak SAP adalah sama seperti GAP. Cuma berat minima pengeluaran silver dari SAP adalah 250g dan susut nilainya lebih tinggi dari emas. 

Kesimpulan

SAP adalah program penyimpanan silver secara berterusan. Ia memudahkan anda untuk mengumpulkan silver fizikal secara sedikit-sedikit mengikut kemampuan. Gunakan SAP untuk mengumpul aset silver anda sekarang!

Ikhlas daripada saya,
Norazlia Hassim
PG00076226
Authorized Priority Dealer Public Gold
www.wasap.my/60137602801
www.facebook.com/pgnorazlia

Emas Public Gold